Powered By Blogger

cari

Sunday, October 25, 2009

GAMBAR UNIK



TAHUKAH ANDA?? (2)

Tahukah anda bahawa jika anda berteriak terus
menerus selama 8 tahun, 7 bulan dan 6 hari,
tenaga yang anda keluarkan akan cukup untuk
memanaskan secawan kopi.

Jika anda kentut secara konsisten selama 6 tahun
9 bulan, anda akan menghasilkan gas yang cukup
untuk menciptakan tenaga yang diperlukan dalam
membuat bom atom.

Semua beruang kutub adalah kidal.
(lanun : uik?? betul ke??)

Seekor lipas mampu bertahan hidup selama 9
hari tanpa kepala, sebelum mati kerana kelaparan.

Seekor kutu mampu melompat sejauh 350 kali
panjang badannya. Kira- kira sama dengan
seorang manusia melompat sejauh padang bola sepak.

singa mampu 'kahwin' sebanyak 50
kali dalam sehari.
(lanun : wahaha...)

Deria rasa kupu-kupu adalah kakinya.

Bintang laut tidak mempunyai otak.
(Lanun : manusia pun ada ramai gak yang 'takde otak' :p)

ASAL-USUL NAMA ELEKTRIK

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang